Monday, December 31, 2012

Happy New Year !

Hurmmmm. Esok new year. Kejap je dah masuk 2013. Everything change. People change. Tapi hati aku tetap takkan berubah. Insya Allah. Azam tahun ni apa ehh. Nak jadi lagi baik, lagi penyabar, lagi matang. Semoga aku kekam dengan Ogyy. Tuhan je tau syg nya aku dkt dia. Aku tak balik poli lagi nih. Rasa nak berenti poli. Semangat aku nak belajar takde langsungg. Apesal erk jadi macam ni. Bukan nya aku malas. Tapi ntah lahh. Tak tahu apa yang aku pikr. Rasa macam something. Kalau aku cakap dkt sesiapa pun, dorang takkan fahamm.Bia lahhhhhhh! Malas nak pikir. Nak rilex dulu. Nanti okay la niee. Tak tau nak tulis apa lagi. Bye.

Tuesday, December 4, 2012

The Last One.

Ogyy :'( Kenapa buat aku macam ni? Sampai hati kau, kau memang nak buang aku dari hidup kau ye? Aku tauuuu. Aku dapat rasa, and yang aku tak dapat rasa sekarang, sayang kau tuuu. Aku tak mampu buat pape, aku tak boleh nak tlg kau, aku tak mampu nak happy kan kau, kalau kau boleh cari org yang boleh buat kau happy, pergilah. Aku dah cuba nak faham kau, aku dah cuba sabar, tapi aku bukan macam kau. Aku tak kuat macam kau, aku bukan penyabar mcm kau. Kau nak suruh aku buat macam mana kau buat dekat aku, aku cuba, tapi aku tak boleh. Aku bukan tak pernah cuba. Aku dah usaha. Tapi tetap salah kat mata kauu. Aku tak tau nak buat mcm mana lagi, aku serba salah.

Rasa lain tak kalau setiap masa org tu je ada ddgn kita, tiba tiba selalu hilang, selalu tinggal kita, rasa lain tak? Rasa lain tak bila setiap malam org tu tinggalkan kita, tapi tiba tiba dia takde dah untuk teman kita. Rasa lain kan? And rasa lain tak bila selalu ada org lindungi kita,pujuk kita, nasihat kita, bagi semangat dkt kita, buat kita happy, buat kita rasa di hargai, tapi org tu dah tak nampak kt mana dia, rasa lain gila.

Kau tak faham ke maksud aku Ogy? Aku cakap mcm tu sbb aku nak bagi ruang dkt kau, aku taknak kau tension, bukan sebab aku nak tinggalkan kau, tapi nak kau lagi tenang kalau tak fikir aku, aku cakap kalau kannn. Kalau kau rasa taknak buat mcm aku suruh, its okayy. Aku sentiasa ada untuk kau. Siang malam aku menangis untuk kau, kau tak pernah rasa mcm mana aku rasa, siang malam aku tidur sentiasa mimpi kau, kau tak pernah tahu. Aku dah rasa mcm nak gila ni. Kau ingat aku boleh ke bila kau takde dua tiga hari ni? Aku tau kau ada masalah, so aku cuba bertahan. Tapi aku tak mampu, kau je yang aku ada, tapi kau dah takdee :'/ Mana kauu. Aku tau semua salah aku. Aku mintak maaf. Aku dah deactive kan accaunt FB, kau pun dah tukar password fb kau kan? Dah taknak aku ambik tahu pasal kau eh? Thanks untuk semua ogy. Aku hargai sangat sangat. Aku sayang kau sampai mati. Sumpah.

Last aku cakap, lepas ni aku memang takkan ambik tahu pasal diri aku. Lepas aku balik Kulim. Aku tak jamin aku boleh dgr lagi cakap kau, sbb kau dah takde untuk aku. Aku tak jamin aku boleh ikut lg nasihat kau, sbb kau dah buat mcm aku dah takde dalam hidup kau. Pegang janji aku, one day aku akan jadi penagih dadah. Tu janji aku, kalau kau sayang aku lagi, kau cari la aku, dlm apa cara skali pun. Sebelum aku balik poli. Aku rindu kau. Sangat sangat. .



THANKS SBB BANYAK SANGAT HABIS KAN MASA KAU UNTUK AKU.

Sunday, November 18, 2012

Happy Anniversary :'/

Assalamualaikumm.

Firstly aku nak cakap, Happy Anniversary yg ke setahun. Bagi kau, memang takde makna harini, tapi bagi aku, bermakna sangat. Maybe kau tak rasa apa yang aku rasa. Lelaki memang macam ni, tak pernah hargai hari hari penting dia, anggap remeh je. Tak kesah lah. Sedih gila harini. Kita dah setahun, tapi mcm takde apa. Aku excited gila kita dah setahun sampai mimpi kau dtg poli, jumpa aku. Tapi kejap, kau blah. Aku menangis kat tingkap jerit jerit nama kau, tapi kau tak pandang pun.

Bangun je tidur, aku cari fonee, ingat nak msj kau terus, tgk fone kau msj ckp nak pegi tlg member, ye aku tahu kau mmg baik hati sgt. Selalu tlg member. Tapi knapa harini? Tak boleh ke luangkan sikit masa untuk kita? Susah sangat ke? Hari ni je. Dah malam dah pun. Mood aku pun dah lari. Takde makna pun nak hepy ke apa kalau kau sendiri tak hargai hubungan kita yang dah setahun ni.

Kau sibuk sangat dengan hal kau mcm kau hidup sorang, mcm aku takde dalam hidup kau. Aku tak penting ke apa? Kau pergi lah settle kan hal kau tu puas puas. Dah free baru cari aku. Aku malas dah nak pikir pape. Takde mud langsung. Kau cuti ke, kerja ke, sama je. Memang takde masa untuk aku. Tak faham ke malam masa aku nak study? Bila masa nak layan kau nye? Kalau kau tak tolong mmbe mesti kau bangun lambat. Tak pulak bangun awal mcm tadi. Pape jelah wei. Aku sedih gila dengan perangai kau harini, and kau boleh marah aku balik sbb aku spoil kan mood kau? Ada otak fikir lah. Last aku nak ucap, Happy Anniversary. K Bye

Tuesday, November 6, 2012

Duka.

Telah ku korban kan semua

Ku serah kan segalanya

Cinta dalam hatiku hanya untuk muuu

Ku beri peluang kedua ,

namun kau khianatinya

Kau lukakan hatiku kerana diaa .

(*)

Mengapa kau tega berdusta ,

kau bilang sayang pada dirikuu

Mengapa kau tega berdusta ,

kau bilang cinta tapi sebaliknya .

Yang aku pinta bukan ini semua

kau musnah lagi cinta yang ku beri

Yang aku ingin hanya cinta suci

Pergilah dikau , tinggal ku sendiri

Menanggung duka ini .

Wednesday, October 17, 2012

Everything changes.

Assalamualaikumm ;)

Lama tak update belogg . Semalam birthday ayah . HAPPY BIRTHDAY AYAHH . Love youuuuuuu :O .
Bosann , baru bangun tidur , harini ada seminar apa ntah tu yang bangun lambat , takde kelas , malas nak pegi . Pening nye kepalaaa :( Tengah tidur tadi fon jatuh dari katil , aku biarkan dengan harapan fone tu akan ter off . Hukhuk

Bosan duduk sini , hari hari makan menu sama , tiap2 malam asyik nasi lemak jeee :( Tiap2 hari asyik tengok muka yang sama , tiap2 hari buat benda yang sama . And tiap2 hari rinduu :( Rindu Ibu , Rindu ayah , rindu adik2 , rindu Comel , rndu anak2 Comel , rindu Ogy. Hurmm . 

Aku tengah sedih . Sedih bila kena marah , sedih bila kena tuduh , sedih bila orang tak hargai apa yang kita buat , sedih bila orang tak hargai apa kita rasa , sedih bila orang dah tak pedulikan kita , sedih bila kita nangis di biarkan macam tu jee , and sedih bila .. Hurm abaikan . Sorang lelaki je yang dari dulu tak pernah tunjuk kan rasa benci kat aku , yang tak pernah curiga dgn aku , yang tak pernah putuskan semangat aku , yang sentiasa berusaha untuk buat aku gembira , yang tak pernah penat pujuk aku bila aku menangis sampai sekarang . AYAH . Ye ayah saya . Sayang ayahh <3 

Thanks for everything , 
Bye .

Thursday, September 13, 2012

9 punca hubungan retak tengah jalan .

1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sesebuah perhubungan . Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat . Ada yang menipu untuk "menyelamatkansesebuah perhubungan. Namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka . Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan .

2. Harapan/Kebebasan

Ada psangan yang meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah merka bergantung penuh kepada pasangan . Ada lelaki yang menyukai hal ini tetapi ada jugak sebaliknya Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan . Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan , tetapi dikongkong . Hal-hal beginilah yang membuatkan perhubungan tersekat . 

3. Terlalu memikirkan aspek perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis . Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami . Bila semua ini ada baruah perhubungan boleh sampai ke peringkat yang lebih serius . Tapi sesetengah wanita , baru sahaja berkenalan terus sahaja berharap akan berakhir dengan perkahwinan . Mereka takut jika perhubungan yang dijalinkan sia-sia sahaja . Jadi , kalau timbul konflik ini , perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit hal yang lalu 

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengugkit hal-hal yang lepas . Apatah lagi jika mengunkit akan kekasih lama . Belajarlah dari kesilapan , jangan mengunkitkan kisah lalu jika kamu sayangkan perhubungan . Yang lepas tu biarlah berlalu dan jangan dikenang kembali .

5. Berbeza pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan , perbezaan pendapat memang sering terjadi . Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan  hal-hal inilah yang akan membuatkan pasangan sering berbalah . Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan . Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan . 

6. Status yang tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan . Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri . Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka sahaja . Yang si dia tu hebat sangat ke ? hm .

7. Hal-Hal yang menyakitkan hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati . Malah sanggup melakukan hal-hal yang bodoh semata-mata mahu menyakitkan hati orang lain . Jadi kalau inilah yang terjadi , hubungan kamu pasti tidak akan bertahan lama . Lebih teruk jika tidak ada "chemistry" antara kamu dan si dia . 

8. Kehidupan yang sangat mendesak

Ada sesetengah pasangan yang memang suka menyusahkan pasangannya . Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakitkan hati kekasihnya . Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalnya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik .

9. Kawan-kawan dan keluarga

Tidak mustahil kawan-kawan dan keluarga juga membuatkan sesebuah perhubungan menjadi tidak stabil . Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan . Jangan salah sangka . Orang yang kamu sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarga tidak menyukainya . Restu keluarga itu sangat penting dalam sesebuah perhubungan .

**copycat

Monday, August 20, 2012

Happy Raya Raya wehuuu ;D

Selamat Hari Raya Aidilfitri guys. Di kesempatan ini aku menyusun 10jari memohon salah dan silap diatas keterlanjuran kata, tersalah bicara dan ter ter ter lah. Semoga hari raya ni kita dapat saling memaafkan antara satu sama lain. Ewahh ;') Btw, Malam raya, genab aku dgn Ogyy 9bulan. Happy 9months darlingg :*

Tahun ni kan kan kitorang buat semua baju sama kaler. Tak buat la, beli. First time kot. Hikhik. Nak nengokk? :*
|
|
|
v

Sempoi baq hang \m/

Tak kemana pun satu hari ni, rasa dah besar malas nak berjalan. Member2 pun lama tak contact. Sesiapa yang kenal aku tu datang jelah yee. Aku ada je dkt rumah. Tak sabar nak beraya sesama dgn ogyyy <33 Hihihi nanti aku update gambar kitorang yeee ;D

Tu jelah nak cakap. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Muahhh.

Take a look ;)
|
|
|
|
|
v

Girls ;)

Boys ;)

Siblingss     

Sayang ayah sayang ibu :*


Okay last, saaayang Comell ^^ Muahh


THE END.

Friday, August 10, 2012

Kosongg.

Ape nie? Selang sehari gado? Gila apa? Macam ni ke sayang? Macam ni ke rindu? Dulu cakap bila kita jauh ni la bukti kita nak tunjuk kan sayang kita ni. Tapi? Harini kau senyap satu hari. Kau pergi manaaa? Hidup aku kosong. Mana kauu?? Berapa banyak laki pun aku jumpa , tapi tetap satu pun takde sama dengan kau , satu pun takde, dan aku pasti takkan ada. Aku bosan sangat. I miss you and i mean it ;'( Sumpah aku rindu kau gila.

Kau suka eh diam macam tu? Kau dah biasa kan hidup tanpa aku. Sebab tu satu hari tanpa aku, rilex jeh. Apa ada hal. Aku rindu kau. Cari lah aku. Jangan sampai aku bosan tunggu. Jangan nanti bila aku dah takde baru nak cari. Jangan nanti bila aku dah bosan baru nak rindu, jangan nanti bila aku dah fedup baru nak pujuk aku. Ye aku tau kau demam, aku tak sanggup layan kau macam tu sebenarnya. Tapii, ntah lah. Aku malas nak cakap pape dah. Kalau satu ape pun aku cakap dah takde makne, nanti kau mesti cakap, aku selalu betul , kau je yang salah. Aku tak maksud macam tuu ;'( Aku pun banyak kekurangan , dan kau je yang boleh isi kekurangan aku tuuu. Semua benda aku buat aku ingat kau. And YES , aku sangat bahagia dengan kau, cukup lah sekadar 1 hari kau ucap perkataan sayang dekat aku pun dah boleh buat aku semyum sepanjang hari ;( Aku faham kauu, tapi yeke ke kau faham aku? Kau kenal aku ke tak ni?

Aku tak pernah bosan dengan kau, aku tak pernah harapkan lelaki lain pun dalam hidup aku, dan jujur aku cakap, aku nak hidup dengan kau. Serius. Aku bahagia la dengan kau, kalau aku tak bahagia nape sekarang aku still harap kan kau, still tunggu call kau. Cakap la kau sayang akuu, untuk hari ni pleasee, aku nak dengar D'; Mesti dalam hati kau pernah terlintas nak break dengan aku kan? Mesti kau tak tahan dengan perangai aku kan? Yelaa, kau je yang bnyk berkorban untuk aku, apa kau buat semua fikir aku, aku jela yang tak pernah fikir kan kau, aku jela yang tak pernah mengalah dan aku jelaa yang selalu ego. Tak kesah semua tu, nak cakap ape pun takpe, nak salah kan aku semua pun takpe, yang penting aku sorang tau banyak mana aku sayang kau. Kalau aku tak sayang kau, bila bila masa je aku boleh cari lain dkt sini laaa. Boleh je aku buat, kau jauh bukan tau pun, tapi aku taknak jeee, Sebab aku taknak rosakkan hubungan kita, taknak tipu kau, nak jujur dlm hbungan ni.

Macam aku cakap tadi, sayang je tak cukup dalam hubungan. Kalau cuma ada sayang je, boleh bahagia ke?  Mana tolak ansur antara satu sama lain, mana respect antara satu sama lain? Mana persefahaman? Mana semua tuuu? Aku sedih macam ni, aku tak boleh terima kita jadi mcm ni. Kadang2 aku rasa nak marah jeeee, tapi aku dapat ape. aku cakap tak boleh ke? Itu pun salah ke? Aku jeke salah? Faham la aku jugak, aku boleh je faham kau, cuma kadang2 ada benda yang memang aku taknak faham.

Kalau kau sayang aku, cari la aku. Please aku taknak biasakan hidup tanpa kau, aku taknak biasakan sehari tak fikir kau, aku taknak biasakan sehari tak mcg kau. aku taknak biasakan semua tu, sebab bila aku biasakan semua tu, takot nanti aku terbiasa. I MISS YOU.

Wednesday, July 18, 2012

Lawak lah korang ;D

Macam pelik je aku update status dah 8bulan sume tuu. Semua nak pikir lain, ingat aku nak bersalin dah ke apa? HAHAHAHA aku gelak2 je baca comment korang. Ape daaaa. Tunang pun belum, kawen apetah lagi, takkan terus2 dapat berita nak dapat baby dah kot woiiittt >,<



Eykaa paling lawak, gelabah gila takot aku kawen tak ajak dia. HAHAHAA


Sambungann.. 

Aku layan kan jelaaa, haha. Nanti datang lah, aku nak bertunang dah hujung tahun ni, Insya Allah ;p Actually, status tu aku tulis, sebab 8bulan kitorang couple laa. Bukan kawen ke, aku nak beranak dah ke apa ke, =.= Cube rilex sikit. HAHA . Happy 8Months Papa. 

ILOVEYOUMORETHANYOULOVEME.


Tuesday, July 10, 2012

Cb lah -.-

Second Day di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Ehh memang shit lah orientasi. Semua benda nak cepat mati la. Makan pun 5 minit je? Aku mengunyah saja pun dah 15minit, nasi dah la mentah suruh makan cepat2. pagi tadi memang plan dah nak skip program harini, then tetiba la pulak kene beratur ikut bilik. Aku dgn Natt dah kelam kabut, tengah syiok mimpi. Time tu dah pukul 7.30 kot. HAHA XD Nasib baik pandai bagi alasan, so time turun tu lepas jugak ^^

Dari pagi sampai malam dekat Pusat Islam :( Cari topup pun takde jual, Fb tak boleh online, mandi pun nak cepat, block tingkat 2, aaarrghhh apa lagi? Shit. Sedih gila lah. Rasa nak lari balik je. Rasa nak terajang muka senior busted tu pun ada.

Time ptg tu Natt lagi lah kesian. Diorang boleh pulak bagi masa 35 minit untuk semua?? Itu la masa makan, itula masa mandi, itula masa ke cafe. Sila betul. Aku teman jugak Nat sebab dia lapar. Aku memang malas dah tadi sebab nak cepat. Tapi tunggu lah jugak. Tetiba dia tertumpah kan air dalam makanan sorang Indian ni. Exco Disiplin perempuan mamak kot, punya lah bangang suruh Nat makan nasi yg dia buat tumpah air tu, padahal keling tu dah makan sikit. Gila apa nak makan lebih keling? Aku bagi nasi dgn air aku dkt keling tu then aku ajak Nat blah. Kesian dia :(

Esok kene bangun 5.10. Kalau aku tidur sekarang ni memnag malas gila nak bangun ni. nak tidur ke tak nak ni? Lapa gila babi, perut pedih :'/ nak makaaaaannnnn ! Malas lah tidur, esok habis orientasi nak tidur puas puas. hukhuk

One more thing, Al Fatihah buat atuk aku, dah selamat dikebumikan harini. 


Wednesday, June 27, 2012

I will miss this moment :'D

Assalaaamualaikum ^^

Lagi 5 minit Birthday aku pun habisss ;) Dan aku dah genap 18 ^^ uuu remaja >,< Happy sangat tahun ni, sambut birthday dengan Abe Ogyyy <33 habis kan masa satu hari dengan dia :D Thanks Darlinggg :*
 Mula mula kan, dia datang pukul 6 25haribulan tuuu. Lepastu terus pergi Teluk Batik, cadang nak tengok matahari terbanam sama2, tapi hari mendung lak. Lama jugak lepak situuuu :D 

Dah senjaa, gambar blurr --'

Then, kitorang pergi nontonnn ^^ Hahaha tengok cerita Brave 3D :* Cadang nak tgk Mael Lambung, tapi rugi pulak, esok lusa dah keluar youtube kannn. Mane2 pun tak kesah laaa. Ogy cam babun nak tgk cerita hinduuu >,< Tak romantikk! ;p Dkt panggung wayang jumpa Yon dgn Anepp. Kantoi le berdating =.= Sebok je deme, mana pegi ade jeeee.

Uuu papa, nak jadi beruang jahat :D

Lepas tu cadang nak lepak Lumut Marina, otw pergi tu, atas moto papa wish Happy Birthday :'D Thanks papaaaaaa :* Hikhik. Lepastu ada misscall dari family aku, tapi sygnye aku xprasan dorang call, diorang wish birthday :D Thanks ayah, thanks Ibu, thanks budak2 dan kakak2 :D

 Dekat Marinaaa ^^ Gambar gelap, time ni pukul 12 lebih, Hihi


 Ogy dah mengantukk =.= Jambu btol tido awal, buuuuuuuu


Lepak lepak lepak, pastu plan nak pergi karoke pulak. Time tu dah pukul 2 lebih kot, kitorang pun pergi jelaa. Pastu habis dlm pukul 3 lebih, pastu datang marina balik. Lepak kat situ rehat2. Time ni dah mengantuk gila. Kitorang baring dekat bangku besi tuu. Aku tertidur sebab sedap selimut pakai sweater Ogy. Tak sedar apa dah time tuuu. Pukul 5.30 terjaga sebab sejuk gila babi laaa. Aku tengok2 Ogy tgh baring atas kerusii. Kesian dia sejukk T.T aku guna sweater dia, xtau mcm mana boleh tertidur. pastu aku selimutkan lah dia :') Rasa mcm nak sambung tidur time tuuu, tapi malas lah, nak gunakan masa sebaik baik nya. Padahal mengantuk gila, tengah duduk pn boleh tertidur :( Time tu rasa sedih gilaaaa. Rasa masa semakin singkat D';

Pastu Ogy bangun, kitorang duduk2 kejap. Then gerak teluk Batik. Time ni pukul 7 rasa nyaa, sedih time ni. Nak tidur xsampai hati. So duduk la kat pondok tu sembang sembang. Patu dah cerah sikit, kitorang main main pasir, tangkap2 gambar, main2 kucing, dan lain lain :'D


No caption :D

 Oppss :*

Uuuu Abe >,<
 






 Pertandingan Melukis ^^


Pastu pergi sarapan, singgah Petronas japp, pastu balikkkkk :'{ Singgah rumah jap, aku ambik borang2 Poli untuk sain2 sume tuu, pastu pegi dgn dia. Mula2 pegi Bank Islam, lepas tu Bsn, lepastuu Sekolah, pastu, pejabat daerah, lepastuuuu tasik dkt IKBN tu ;p Kitorang lepak kat pejabat daerah tu lama gak, ppenat xtaw nak g mana dah. time tu dah pukul 1. Last2 lepak tasik gila babi panas. Pastu jalan2 dkt Tesco Seri Iskandar. Lepak dgn Jannah. Main game dkt arcade ^^ Wooooooooooo nak fight lumba kereta dgn aku, kalah sesaja. Hahahaha :'D Malu la sikit weii, haha

Habis tuuu, balik D'; Sampai rumah terus tido, mata dah mcm panda dah. Uuuu rindu gila semua kenangan kita papa >,< Rindu nak buat gila, rindu nak sembur biji pop corn, rindu nak nak kacau papa bawak moto >,< Rinduuuuuu semua! Sekarang pn dah rindu ni. Hehe

Btw, thanks ayah, ibu, dan siblings wish birthday first :D Okay family tak kira, yang first mestilah OGYYYY :D Berkepit dgn dia, of course la dia first ^^ Kedua Maat, ketiga keempat kelima.. k xingat. Thanks kawan2 yang wish, thanks ingat, thanks member2 Fb :'D

p/s** papa nak pic ambik dkt dlm ni ye :D

Sincerely, 

gg's

Friday, June 22, 2012

First experience

Woooootttt -..-

Today, aku nak story pasal kenangan yang membangang kan smalam =.= Ni semua gara gara bapak Natt yang tetiba mood xtentu hala dtg. Kalau tak, pukul 8 dah gerak dah. Ni dah pukul 9, baru call ckp kete bapak dia xbagi guna. Bapak dia pun ntah pape sebab benda kecik nak besar2 kan -.-' Pastu aku pakai la kereta ibu, dah la hujan tgh lebat, aku gerak cepat. Pecut kot sbb kejar masa.

Lepas ambik Natt kitorang gerak laa, sampai hospital dalam kol 12 macam tuu. Before tu pegi cc dulu print borang2 tu semua, sehelai seringgit. Bapak mahal. Dah la buat kerja lembap mcm cipan tua. Sampai sampai je depan hospital tuuu, kereta terus break down. Aku ingat kan sebab minyak habis. Aku bia kan jela dulu, call Amir suruh hantar minyak. Aku tinggal kereta tepi jalan, pegi masuk hospital duluu.

Masuk je hospital, pegi bnyk bilik sebab nak buat medical check up tu, bilik lain2. Ada yang time nak x-ray tuuu, segan gila wokk! Kene bukak baju :B Aku dgn Nat skali tapi bilik sebelah2 la tuka baju, haha. Time nak pegi tu aku mcm lambat2, sbb malas, ada pakcik tu jeling2 aku mcm xpuas hati, uuu panas je aku tgk. pastu aku buat xnampak ;p Lantak kau lah pakcik oii. Time tunggu turn tuu, ada la satu geng budak laki ni, dalam 5 6 orang gak lah, ada skali. Aku ingat kan semua lelaki, tapi nat ckp ada sorang sesatt perempuan. Pengkid kot. Aku pun dok ushaa laaa, memang betul. Muka sejibiik laki, handsome. Tapi kalau dia jadi perempuan pon, cantikk ;)

Habis buat semua tu, mmg cadang nak balik dah. Habiis semua pon pukul 1. Amir pun dah hantar minyak. Lepas je isi minyak, try2 start xmau jugak. Diorang ckp try pam2 takut minyak xnaik, xmau jugak. Bukak bonet, tempat minyak tu dorang bukak pastu wat ape ntah xmau jgak. pastu Mat datang, dia lalu, aku xpasan pastu dia benti. Ingat kan sape laa, makin gemuk aku tgk -.-' Pastu Bob lak datang, aku dah xtau nak buat apa dah. Aku pening gila sehari xtdo time tuuu. Lepas sorang2 dtg, tp xtau nak buat pe. Aku pinjam moto Bob pegi cari pomen area situ, tp balak Nat dah panggil dah. So dah ada 2 pomen time 2, dia ckp2 ape ntah pastu sorang balik.

Pastu dia check2 dia ckp 'istributer' kena ganti. Binatang ape ntah aku xtau, kene 200 lebih, dia bg RM200 je. Huhu. dah ganti baru nak gerak balik ingat kan okay laa, tp baru dua tiga jengkal dah mati balik. Last kereta kene bawak ke bengkel. Lama gila dia buat menatang tu, ketat kan timing bell la ape laaa, nasib baik xkena duit dah, hehe. Pastu dah nak malam, kitorang pun gerak balik. Apa pun tak menjadi, rosakk smua plan. Nat confirm kene bebel dgn mak dia, sbb time aku baru sampai rumah, mak dia dtg, hahahaha.

First time handle kereta rosak sorang2, tanpa ayah :'D Ibu pon satu! Tau bawak jeee, lepas tu time aku bawak kereta dah rosak, padahal mmg lama dah problem, err panas je, melayang duit aku. Letih, lapar, mengantuk, semua adaaa. Huwaaaaarrghh >,< kbai

Thursday, June 21, 2012

Ngehh !



Assalamualaikum kum kum ;p

Ehh hai?? Belum tido lagi? Saya belum. Jam sekarang 3.08 am. Hukhuk sebenarnya sangat menantuk, dan sangat pening, dan sangat lapaaaaaa >,< Aku nak tdur dah tadi, tapi mata tiba2 xmau pejam. Punya la aku paksa nak tidur, xmau jugak =.= So aku online jelah, battery laptop ni pun tggl sikit, malas nak cas. Habis karang, aku terus pergiiiii MAKAN ;D

Apa nak buat ni? Abe dah tidurrr -.- Bosan laaaa. Hurmm hari ni berapa jam ye masa kitorang? Japp nak kira.. ntah lah. Malas la nak kira. Yang pasti tersangat lah kejap. Wuuuuuu rilex3. Bia la dia nak tidur.Aku tak kesah lah. Tadi aku nak tidur kan kan kan, tetiba teringat lagi 17 hari D'; Huhu gila apa lagi 17 hari je masa aku tinggal? Apa nak buat ni? Bangang laaa aku tanak pegi!!!! 

Aku stress fikir >,< Sedih ! Apa ni paksa orang woi? Huhh. Esok aku nak pergi medical check-up dgn Natt. dan balak dia. Sbb tu aku nak tido awal, tapi xleh tidoooooooo. Malas gile. Apa nak buat lagi ni eh? Hihi tadi aku kacau2 orang :B Aku bukak dua2 Fake Fb aku kacau3 org gak :B haa sekarang dah xtau nak buat apa. Hiuuww. Battery tulis, 1 hour remaining ^^ Okay online lagi 1hour ;p Bye :D

Azizi's

Tuesday, June 19, 2012

Bosan +.+

Hai ;)

Morning semua. Time sekarang 5.58 a.m. Bukan baru bangun, tak tidur lagi ni tauu. Saya bosan sangat sangat ni. Tatau nak buat apa. Selalu time sekarang dah start tido dah, tapi tadi terlebih tidur ni yang belum menantuk lagi. Bangun pukul 12 tadi :D Selalu pukul 12 tgh malam tu online lepastu dalam pukul 3 dah xtau nak buat apa. Masa macam berlebih lebih. Haha

Nak story apa ni eih? Em ermm dua hari lepas Fathers Day tau ;D Happy Fathers Day ayah. Aku dah wish awal dah, aku orang kedua wishh ^^ Lepastu pulak semalam Anniversary aku dgn Mat Jiji 7bulan. Whoaa 7bulan babe :'D Kalau nak tahu kan, dia yang pertama, pernah sampai 7 bulan. Mana penah lagi seumur hidup aku sampai 7bulan ni. Hikhik

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal 7bulan ni, aku nak cerita pasal Fathers Day ni laaaa. Malam tu aku text ayah angkat aku ^^ Aku cakap la, 'Happy Fathers Day ayah, semoga panjang umur dan murah rezki'.
Lama gila aku tunggu dia reply, akhir nya ada jugak. Dia balas, terima kasih kerana ingat dkt ayah :'D Terharuu aku baca. Sebenarnya aku pun nak cakap, terima kasih jugak sbb ingat kat saya ayah :')
Happy gila ayah reply :D Then aku cakap aku nak sambung blajar ke Kedah dah bulan 7, dia nasihat aku, dia cakap belajar betul2 sampai berjaya ;') Tq ayahh. Aku tak tahu nape, rasa sayang sangat dkt ayah, walau pun dia jaga aku kejap jee.

Aku teringat lagi macam mana kenal dia, aku lari rumah, dia ambik aku bawak balik rumah, dia nasihat kan aku, dia bagi kata kata semangat dekat aku, dia percaya kan aku. Dia layan aku macam anak kandung dia :'D Terasa kasih sayang dia time tuuu :'/ Time tu pulak aku tengah ada problem dgn ayah kandung aku. So dia xputus putus bagi aku semangat. Time dia nak makan, aku ingat lagi, dia sorang sorang dkt dapur goreng ikan, then aku datang tolong. Sebab aku dah biasa, kalau dkt rumah pn, aku xkan biarkan ayah aku makan sorang2, masak sorang2 macam tuuu kan :') Dia pun mcm xpercaya aku boleh dtg tlg dia masak, padahal bagi aku tu benda biasa. Hehe. Lepas tuu, dia slalu bagi aku duit belaja ;p Hikhik

Dia ambik aku jadi anak angakt dia, dia cakap, aku ni anak dia :'D Dia cakap kalau ada masalah bagi tau ayah, kalau ada orang kacau bagi tau ayah, kalau nak lari rumah, lari rumah ayah, dgr cakap ayah, belajar sampai berjaya, jangan buat benda2 bodoh. Okay ayah ;')

Ayah kandung aku pun selalu nasihat aku macam tuuu, tak pernah putus2 jugak bagi aku nasihat. Sejujurnya, tak ada siapa boleh tandingi ayah kandung aku. Aku sayang dua dua :'D Sayang sangat. Ayah aku terbaikk :D Mesti korang jeles kan? Aku ada 2 ayah ;p Hehehe.

Tu jelaaa, tak tau nak cerita apa lagi. Takde pic nak upload. Baca jelah, xpayah gambar2 ;p Thanks ayah ayah sebab selalu jadi yang terbaik :'D

**aku dah dua kali mimpi ayah meninggal D'; Lepas tu aku nnges gila gila. Terasa kehilangan wlaupun mimpi. Doakan semoga ayah panjang umur tauuuuuuu. Tq :*

Saturday, June 16, 2012

Countdown D';



 
 
Uuuuuuu tak sanggup papa ;'/ Hari ni, tinggal 22 hari. Bila teringat pasal ni rasa nak nnges. Sedih nya. Nak masuk IKM pun salah ke ibu? ;( Mana2 pun boleh belajar, tak payah nak pikir kan status sangat, tak payah nak fikirkan apa org cakap lah ;(Tak tau macam mana nanti. Sekarang aku lagi suka tidur dan online. Aku malas lah nak fikir benda2 ni. Bosann! Aku berjaga time malam je, so takde orang kacau. Siang2 aku serabot lah weii (!) I Miss You. Luaran nampak happy, dalam hati Tuhan je tahu.


Usah menangis sendiri, sayang ku kan pergi, senyumlah, usah meratapi :'(


Padahal aku yang sedih, aku yang meratapi ;( Ibuuuuuu, taknak fikir balik ke keputusan tu? Fikir la balik ;'( Mana2 pun boleh belajarrrrrr D'; Errgh macam lah ibu baca apa aku tulis, macam la ibu dengar aku yg aku nak cakap, macam la ibu rasa apa yg aku rasa sekarang. Nobody knows. Aku pergi, aku janji aku belajar betul2, kalau tak, sia2 je kita terpisah jauh2 kan. Aku janji tak sia2 kan masa kita yg takde tu nanti. Aku janji aku tunggu apa yang kau cakap semua tuuu. ILOVEYOU Azizi ;')



Saturday, June 9, 2012

Picnik :D


For this holiday, kitorang berpicnik di Teluk Batik. Even dekat tapi enjoy, bukan selalu dapat kumpul satu family mcm ni ;) Lama gila dah tak pergi situ, pergi balik semalam dapat refresh semua kenangan aku dkt situuu ;'D Mandi mandi semua mcm orang tak betul ^^ Hikhik.

Baru sampai ^^


Lepas mandi main pasir pulokk ;P Adik aku lawak gila dia segan segan kitorang buat *tuutt* kat badan dia. Bila dia gerak kena marah. Hahaha


Nak buat istana tapi tak reti. Hasil nya cuma macam seketul tauhu petak aje -.- Last2 kene langgar dgn ombak =.=


Hihi dah letih time ni. Dah nak balik dah, lepas tu baru mandi lagi sekali. Adik2 aku tak naik2 walaupun tgh panas2. Gila apa.


**Ibu, Yana, Me ;)


Me + Ibu = 



 Mereka enjoy ^^


 SweetHeart :*


Lepas habis mandi kan, kitorang pergi la ke toilet nak tukar baju. Bukan public toilet tu, tapi toilet yang area chalet punya tu. Orang yg jaga tu bisu, aku pun tak faham apa dia cakap. Dia tunjuk jalan ke toilet perempuan, aku dgn kkak aku dan adik aku pergi la. Bapak dalam tak pernah aku masuk. Dah la macam rumah hantu, scary sial. Macam bangunan lama, siap ada kain2 putih, then dinding ada daun2 menjalar. Sumpah serammm >,<

Btw, we have a great moment with it. 

 


Tuesday, May 29, 2012

#Harapan


Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Dipinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali,

Dan ku mengerti,
Mengapa masih berdiri,
Hadirnya siang berteman mentari,
Dan ku bersama,
Bintang malam mu mencari kasih ku Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadirnya pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu disini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu Ooo

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanyaa

** credit to MUHAMMAD AZIZI

Sunday, May 27, 2012

#ThinkBeforeTalk -.-

Ahaaiiii, Selamat Hari Ahad. Di hari yang mulia ini saya ingin menyampai kan sedikit ketidak puas hatisan saya. Ewahh :P **Now 2.53p.m

Tengah bosan gila ni, so aku pun layan lah Youtube, Facebook, Twitter, Tumblr. Then tengah syok2 tetiba terbaca "perempuan merokok tak layak dijadikan isteri". Ada pulak yang cakap "cantik ke perempuan merokok?" Ada lagi cakap, "perempuan bertudung paling layak dijadikan isteri" and bla bla bla. Soo, Ermm.. WHATTHEFISHH? Hahaha. Baca mcm nak tergelak ada, bengang pun ada. Hellooo lelaki. Macam la bagus kan kau o0o Lelaki baik untuk perempuan baik, lelaki jahat untuk perempuan jahat. Kalau perangai kau macam setan What the hell kau nak persoalkan kebaikan keburukan orang? Hina lah sangat perempuan macam tu. Satu hari kene batang hidung sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah. Aku rasa la kan, Satu hari kau mesti tergila gila kan perempuan yang macam tu. Tuhan nak tunjuk kejap je. Okay kalau nasib baik kau dapat kawen perempuan yg baik la nanti kan, then anak kau pulak jadi macam tu. Tak pon adik kau, kakak kau, mak kau kee? dulu dulu tu. Haa mana tau kan?

Piiikirr lah kalau sesuatu kejahatan orang tu, mungkin ada sebab yang kita tak tahu. Kita pandang luaran, atas apa yang kita nampak, atas apa yang kita dengar, dan bagi pandangan. Tak adil macam tu kawan.  Perempuan tak bertudung tu tak semestinya jahat, tapi aku akui perempuan bertudung memang baik la kan. Aku yang bercakap ni pun memang tak bertudung. Soo, jangan la judge orang maacam tu je. Nanti kene batang hidung sendiri. Jangan hina sangat orang jahat tu, bukan dia mintak dilahirkan jadi jahat kan? Jangan kutuk sangat orang yang tak berapa nak baik tuu. Tuhan tu kalau nak tunjuk kejap je ;)

**Thanks Reading ;)

Thursday, May 24, 2012

Miss a Moment


Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Lagu ni best. Layan jee. Sejak dua menjak ni aku asyik terdengar lagu ni je. Tak tau nape. Aku suka lagu ni. Dulu kan kan, tiap tiap hari aku dgr, setiap masa. balik sekolah dgr, sebelum pergi sekolah dgr, sbb time tu aku tgh sayang kat seseorang. tapi kitorang tak couple lg. Bila dgr je sekarang ni, teringat time sekolah dulu. Rindu sangat sangat kenangan tu. Kalau lah masa boleh di patah balik, aku nak bagi lagu ni kat dia, sebelum dia couple dgn aku. Aku nak dia faham maksud lagu ni, sebelum dia sayang dkt aku :') Thanks.


Friday, May 18, 2012

Huaaaaaarrrgh D';

Sekarang saya rasa seperti orang bodoh yang takde akal. Dalam otak rasa kosong, rasa macam nak maki dan blablabla. Tension lah siotttttttttttttttt o0o Korang koranggggg :'( Tengok lah bawah skali tuu! "we have been couple for 6 month" Hari ni kitorang 6 bulan tau tak :') Tapi kan. Hari ni saya sangat bosan. Aku mencuba sedaya upaya taknak gaduh. Tengah bersabar. Memang aku taknak gaduh. Hari ni rasa kosong sangat sangat. Sepatut nya harini aku nak happy je. Tapi tak boleh :'/



Papa <33 Happy 6Months ye darling. Saya tak tau apa masalah awak harini sampai busy sangat dan tak pedulikan saya :'( Yee saya percaya awak busy. Saya tak marah pun :'/ Betul laaa, x marah. *marah sikit je. I miss you sebenarnya. Harini rasa lain gileeeee. Sebab awak takde :/ apa2 pun jaga diri, jaga kesihatan. Mungkin kau ada alasan sendiri kan. Takpe aku faham. Take care yea. 

Hope hubungan kita kekal sampai bila2. Aminn.. Kalau ada jodoh tak kemana kan. Taknak marah2 ni, sebab sayang sangat kat awokk. Taknak spoil kan hari yang bermakna ni. 

ILOVEYOUUUUUUUUUAZIZI. Muehh :/

Monday, May 14, 2012

Happy Ibu Day :')





Sorry terlambat wish dekat blog ni Ibu. Happy Mothers Day. Thanks for being the Best Mom in the world. Walaupun kadang2 hati ibu tersakit dgn kata kata kami, tapi sikit pun tak terniat untuk melukai hati ibu. Cewahhh :3 Kenapa org cakap, Mothers Day tak boleh sambut. Haram. =.= Apa ada hal? Family aku siap sambut dengan kek lagi bagai. Every year. Hah nak cakap apa? Kesah pulak aku.



Memang lah hari hari tu hari Ibu. Tapi dengan adanya Hari Ibu ni lah kita boleh tunjukkan sikit sebesar mana sayang kita dkt Ibu. Kenapa? Hari2 memang tak tunjuk ke? Memang tak pun kan. Kalau takde Hari Ibu memang takde la jawab nya korang nak buat Ibu tu terharu sikit dengan penghargaan korang dekat Ibu tu. Betul apa aku cakap. Yang tak pernah nak tunjuk sayang dia dekat Ibu tu, Hari mcm ni lah paling sesuai. Kalau yang hari2 sambut hari ibu tu, hari2 ucap terima kasih dekat Ibu tu, Alhamdulillah lah kan. Tapi tak semua mcm tu. Contoh macam anak yang tak pernah ambil kesah hal ibu dia, jarang nak bersembang ke, atau memang tak rapat lah senang cite. Lepastu hari Ibu tiba2 dia wish, 'Happy Mothers Day'! Tak ke mengalir air mata ibu tu? Walau pun hari Ibu tu haram sambut, walaupun kita ucap je, dah boleh buat air mata seorang ibu tu mengalir. Bukan apa sangat pun, Ibu tak harap pun nak sambut2 semua ni, cukup lah sekadar ingat dkt dia je. Tak susah kan. So tak salah lah aku rasa nak sambut Mothers Day. Niat tu yang penting, kalau niat nak buat Ibu happy for the whole day, apa salahnya kan?
For the end of my Post today, I would like to Thanks My mothers very much. Ibu yang terbaik, tak ada yang boleh ganti >,< Jadi lah ibu saya samoai saya mati ye Ibu <33


Sincerely, Your Daughter ,  

Friday, May 11, 2012

Malang tak berbau =.=



Kaki sakit lah gileeeee. Mula mula Gitar jatuh atas kaku kiri, adik buat :'/ Lepas tu terpijak enjin motor yang tengah panas. Huhh! Sekarang tgh bengkak. Aaargghhhh menyukarkan perjalanan aku. Aduii