Friday, March 30, 2012

Thats not the point. Aku tak marah orang tegur aku, aku boleh je terima, Cara tu salah lahh. Perlu ke ungkit cite lama? Memang aku banyak buat hal, tapi kalau pasal apa yang aku tulis kat blog, itu tanda nya aku x appriciate mak bapak aku ke? Aku bengang gila sebab kau nak besar kan cerita pasal ape yang aku tulis kat blog. Hellooo, kau taktau macam mana aku rasa, siapa keutamaan aku, bagi aku family first. Tapi, kau tak faham. Kau duduk jauh, kau tak nampak ape yg aku buat, boleh lah senang cakap. Kalau aku tak sayang bapak aku, aku tak pergi jaga dia kat hospital sampai tak tidur. Kalau aku tak sayang mak aku, aku tak buat kerja rumah, aku tak pergi jenguk dia kat bilik setiap malam untuk pastikan dia okay, kalau aku tak sayang kakak aku, aku takkan pergi johor, jaga dia, belikan makanan, kemas tempat dia, selimut kan dia waktu malam, sapukan ubat kat badan dia, pastikan dia tidur lena, kalau aku tak sayang adik2 aku, aku tak pergi cari diorang kalau diorang balik lambat. kau tau semua tu? Aku benci bila orang yang tak nampak, taktau pape, cakap ikot sedap mulut. Sebab aku banyak buat hal lah, aku study tiap2 malam untuk SPM, and, tu je yang aku mampu. Memang aku x sepandai kau, result macam tu, apelah sangat kan. Betul pun apa ayah cakap, hari2 muka aku kat rumah, memang semua org dah bosan tengok, ibu pon dah naik menyampah, tambah2 lagi aku x dok asrama. Sebab tu dah tak peduli aku nak mati ke, hidup ke. Siapa kesah kan? Faham lah sikit, bukan nya kat blog tu aku tak tulis langsung nama mak bapak aku, tak ingat langsung. Pasal bende tu, kau nak fuck fuck sangat. Cakap aku tak berubah, tak matang, lari dari kenyataan. Helloo, apa yang nak aku ubah lagi? Ke nak sangat tengok aku macam dulu? Boleh jee, anytime, tapi jangan tanya kenapa lah lepas ni, aku lari? Sebab memang aku malas dah duduk rumah, aku balik ni, sebab ayah, aku tunggu masa nak keluar balik. Jangan persoalkan siapa aku punya priority. Aku boleh fikir lagi lah. Taktau jangan pakai sedap cakap. Tq.

Sunday, March 18, 2012

?????

"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.


Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan kotaku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. "




Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.

Thursday, March 15, 2012

Sorry Boo :(

Sorry sebab kita tak jadi jumpa. Aku tak tau paper, aku tak niat pun nak buat kau cmtu, jangan la marah aku., Kalau marah pun bukan dapat ape pun :'/ Sooooooooooorrryyyy. Aku pun nak sangat jumpa kau, ingat aku taknak ke? Aku dah excited gila tau x. Sorry la tauuu :( Now aku kat library UTHM Johor, tengah online sorang2. Kakak aku tengah study dengan membe2 dia. Bosan ahhh >.< I Miss Youuuuuuuuuuuuuuu <33
Kau asyik tade mud je, aku lagi lagi lagi lah tau x. 

Aku sekarang cepat tacing, cepat terasa. Hati2 lah, kalau aku terasa, makan masa lama jugak nak elok balik :'( Jangan la layan aku macma ni, aku ada perasaan jugak. Aku pun taknak bende cmni jadi. Kalau dah bosan cakap lah. Jangan buat aku macam ni. Aku tau aku salah, sampai bila nak buat aku macam ni. Aku sekarang cepat sedih, aku perlukan kau, tapi kau buat aku lagi sedih :/ Aku tau aku salah.

Sunday, March 11, 2012

Again :'/


Bosan ah. Fedup. Asyik nak ulang bende yang sama jeeeee, asyik gaduh je. Tension tahu tak. Bengang gila. Time aku online, kau nak makan la, ada hal la, nak keluar la, time aku tak online, boleh pulak kau online lama lama. Mcg susah nak send faham tak, sebab tu better online, boleh sembang lama sikit, senang. Tu pun tak faham. Malas lah nak cakap dah. Bengang. Kau buat lah apa kau suka! Aku tak marah dah lepas ni. Okayy, hari ni, kalau nak tau, membe aku ada yang ajak konvoi Teluk Batik, ada jugak yang ajak konvoi Ulu Kenas. Cadang semalam memang nak pegi sebab aku bengang gila. Tapi fikir2 balik, tak jadi. Lebih baik aku duduk rumah. Taknak keadaan jadi lagi teruk. Aku rasa nak balik kampung ah. Lepak dengan sepupu2, membe2, boleh jugak lupa kejap masalah. Kalau aku rajin petang ni aku pegi, jangan tanya bila aku balik. Kalau aku tak pergi tu, kira tak lah. Dah x larat nak tidur dah, tatau nak buat apaaaaa. 

Lagi satu, kalau aku marah, kalau aku off fone, sikit pun x bermakna yang aku tak sayang. Harap kau ingat tu! Kbai.

Friday, March 9, 2012



Urghhhhh, I'm sick to my stomach with nerves. Seram gila doe nak ambik result. Berapa hari je lagi, taknak fikir tapi asyik tefikir jeeeeeeeeeeeeee. Ohh tidakk! Aku nak result okay, aku nak yang terbaikk :'/ Tolong lah doakan aku weii, taknak ke tengok aku bahagia. Huhu. aku mimpi dapat 2A je. What the frog? Taknak lah 2A je boboi, bagi la lebih sikit. Kalau aku fikir, seram sejuk pun ada. Tak suka la kalau xdapat bende yang aku nak, mesti rasa bengang gila. Hurmmmm, seram nye. Tak tau apa yang aku dapat, Kalau terok cmano? Ohh nooooooooooooooo :'0

Friday, March 2, 2012

PATUTKAH BERKAHWIN AWAL?


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)